Sunday, October 30, 2011

Bila nak kahwin???

Apa aku nak jawab bila orang slalu tanya aku soalan ini?? Aku ni kategori wajib kawen ke?? huhuuu~

Bahgia ke lepas kawin?? Yang aku tau, banyak dugaan yang akan datang.. Hidup kita tak selalunya berakhir dengan happy ending.. And perkahwinan itu bukanlah ending but it is beginning.. Itulah permulaan kepada kehidupan secara berjemaah..

Bahagia ke kita tengok orang yang dah berkahwin?? Yeke bahagia?? Are u sure?? Aku tak jumpa lagi pasangan yang benar-benar bahagia selepas kawin.. so, sedikit sebanyak ia mempengaruhi aku untuk berkahwin.. Lagipun, aku belom masuk kategori WAJIB kawin.. Banyak lagi masa untuk memilih dan dipilih..wakakaaa~

Ok..untuk persoalan yang agak kerap ditanyakan kepadaku ni.. Aku tiada jawapan ok.. Siyesly aku memang tak tau bila aku akan berkahwin.. Kalau la aku tau bila, konfom korang (member-member aku) akan dijemput ke majlis aku.. And aku harap jangan ada yang terasa jika tidak dijemput kerana impian perkahwinanku tersangatlah simple.. Mungkin hanya akan ada kenduri kecil yang mana hanya untuk memberitahu orang setempat yang aku sudah pun berkahwin...


Sekian, terima kasih..heheee

JWPN TERBAEK PADA SOKLAN ~ BILA NK KAWEN?
Kenapa Lmbt? ~ Krn Allah tahu masa yg t'baik utkku
Dah b'punya? ~ Ya.. krn setiap org telah ditetapkan jodoh masing²
Siapa? ~ Nanti Allah akan perkenalkan kpdku
Bila? ~ Bila kami dah dipertemukan..
InsyaAllah jemput dtg ke walimatul urusku nanti...
Jgnlah slalu b'tanya bila org itu nak kawen krn semua rahsia dia, t'letak di tgn Allah

(*dicilok daripada FB*)

Sunday, October 9, 2011

Beza daging babi dan daging lembu


Terdapat beberapa perbezaan asas di antara daging babi dan lembu. Menurut Dr. Ir. Joko Hermanto, Dekan Jabatan Ilmu dan Teknologi Pangan IPB di Indonesia mengatakan bahawa melalui mata kasar, terdapat lima aspek yang dapat dibezakan antara daging babi dengan daging lembu iaitu warna, serat daging, jenis lemak, aroma dan tekstur. Berdasarkan perkara ini, fokus pengamatan mereka diarahkan pada lima aspek tersebut.


1. Dari segi warna

Jika dilihat, daging babi mempunyai warna yang lebih pucat dari daging lembu (lihat gambar), warna daging babi seolah-olah seperti warna daging ayam. Namun perbezaan ini tak dapat dijadikan pegangan, kerana warna pada daging babi biasanya disalut dan disebatikan dengan pelumuran darah lembu, walau sebatian ini boleh dihilangkan dengan merendam di dalam air. Selain itu, di bahagian tertentu pada daging babi, warnanya mirip sekali dengan daging lembu sehingga sangat sukar membezakannya.




2. Dari segi serat daging

Perbezaan kelihatan dengan jelas antara kedua-dua daging. Pada daging lembu, serat-serat daging kelihatan padat dan garis-garis seratnya kelihatan jelas. Sedangkan pada daging babi, serat-seratnya kelihatan samar dan sangat renggang. Perbezaan ini semakin jelas ketika kedua-dua daging direnggangkan bersama (lihat gambar).





kredit: Nurul Amir



Masih mencari...

Did i spoil everything?? Im blurrr~
Im suppose sad or what? I think little disappointed..
HUrmm...so what should i do??
Keep waiting?
Still have time to know better..