Monday, August 29, 2011

SelaMat hari Raya..yeay!!! =D


piZap.com free online photo editor, fun photo effects

Jom balik kampung...ooo~ baLik KamPung~ HatI giRanG~...

Saturday, August 27, 2011

Hati yang hancur sukar dipulihkan



Kadangkala kita sering terlupa perkara silam.. Apa yang terjadi dibiarkan sepi seperti ianya tidak pernah berlaku. Tapi orang yang merasainya tetap akan mengingati apa yang terjadi pada mereka. Hilang hormat walaupun usia menjadi ukuran. Lantas mereka sering mengelakkan diri dari bersua kerana masih memendam rasa. Apakah itu yang kau bangga??

Mungkin kau lupa apa yang kau pernah lakukan. Apakah kau fikir kau cukup dewasa? Cukup kuat untuk memperlekehkan manusia lain? Aku benar-benar kecewa. Setiap perlakuanmu, perkataanmu..bisa mengeruhkan keadaan.. Aku rasa sampai mati pun orang akan ingat. Dia hanya memaniskan muka kerana hormat. Dalam hatinya, hanya sesetengah orang saja yang mampu membacanya. Yang mana hanya yang mengalaminya faham.


Aku benci? Benar, sememangnya aku benci, geram dan marah.. Sedih? Ya, aku sedih bilamana mengingatinya. So, aku tidak menyalahkan sesiapa yang membencinya. Sukar untuk melupakan perkara kejam yang pernah berlaku pada diri kita. Bagi aku, ianya memang kejam.. So, jangan judge orang sesuka suki. Aku belajar daripada kesilapan sendiri dan orang lain. Dan jangan kita hina orang itu hanya kerana mereka miskin.

Thursday, August 25, 2011

Monolog seorang wanita


Wanita mengapa seringkali hatimu dilukai?
Wanita apalah dosamu sering dizalimi orang yang sepatutnya melindungimu?
Wanita sampai bila kau mahu beralah dgn lelaki yang hanya mementingkan dirinya sendiri?

Hari-hari yang berlalu sepi
Walau telah lali tetapi kesepian dan kesunyian ini tiada siapa yang tahu
Semakin hari berlalu, terasa semakin sempit jalan yang dilalui
Hanya memendam sendirian

Menerima takdir sendiri dengan hati yang berbagai rasa
Sejujurnya hati terasa sayu, sedih dan pilu
Tapi apalah daya, kuasa bukan ditangan sendiri

Seiring peredaran masa, meningkatlah usia, semakin terasa kesunyian
Sahabat seorang demi seorang menemui teman hidupnya
Hanya aku termangu sendirian
Kehilangan itu sering kali terjadi

Ingin juga seperti insan lain, kesana sini mengisi masa
Hidup di zaman sekarang menuntut diri menjadi materialistik
Walaupun ia bukan kehendak hati

Semakin usia menginjak dewasa, sifat kewanitaan semakin menyerlah
Impian yang tidak pasti tercapai atau tidak
Ianya masih menjadi persoalan yang tiada jawapan

Luka yang tercipta dari kenangan silam agak sukar untuk diubati
Diharap masa dapat menyembuhkannya perlahan-lahan
Seringkali air mata menjadi peneman dikala sendirian
Membasuh luka dan meredakan kegelisahan
Walaupun ia bukan ubat yang begitu mujarab

Rasa hati terus terpendam, tiada siapa yang memahami
Setiap takdir tidak sama tapi mungkin ada persamaan
Wahai wanita, tabahlah menghadapi pancaroba dunia!

Sumber asal: di sini

Its hard


Tuesday, August 23, 2011

Selamat hari lahir adik =]


Happy beday to kak de..
Dah semakin tua..

Inikah yang ditunggu??

Datang tidak pernah dijemput
Kalau boleh ingin dihalau sebelum sempat melangkah masuk
Namun aku terlambat untuk mengekang
Sempat juga meninggalkan bekas

Namun ia menerima dengan tanpa kuduga
Tenang walaupun berkocak dengan kuat pada mulanya
Hairan benar kurasa..agak tenang
Berbeza dengan sebelum ini

Apakah ini yang ditunggu?
Jika benar aku hanya mampu tersenyum penat
Tidak terduga dari tenang menjadi kocakan yang kuat
Agak padu kurasa..berisi..aku kagum
Tidak seperti yang kelihatan
Yang terzahir tidak menggambarkan batin

Takut kembali menguasai diri
Masih ada negetif tinggalan silam
Juga harapan yang tinggi bisa meninggalkan bekas yang kekal
Sakit tidak tertanggung rasa


Serik masih mengingatkan jasad
Agar jangan disakiti segumpal darah
Apakah benar ini yang ditunggu??
Aku akan sabar melihat takdirku..