Saturday, May 28, 2011

Lalalalalaaa~

Mood: ceria..even im alone.... *senyum lebar*



Love the she dance...

I love the way u lie

Dear M...

Lately i always thinking of u..meaning??? i thinking of me too?? i dont know..thanks for teach me the really world and man..thank..!

Rihanna part..
I love the way u lie

Just gonna stand and watch me burn
Well that's alright because i like the its hurt
Just gonna stand there and hear me cry
But that's alright because i love the way u lie
I love the way u lie



Aku x jumpe video rihanna solo..sesiapa tau??

Friday, May 20, 2011

Luahan kecil hatiku

Selamat pagi..

Banyak benda yang terbuku dalam hatiku..yang tak semuanya lepas keluar..Ada benda yang aku ceritakan pada kawan aku..ada benda yang aku senyapkan saja.. Bagi aku..rapat macam mana pun aku dengan dia, tak semua aku ceritakan..ada perkara yang lebih baik aku pendamkan saja.. Tapi semakin lama aku pendam, semakin aku lemah..semakin aku sakit. Tapi aku bukanlah seorang pencerita yang baik.. Aku tak reti nak ceritakan apa masalah aku pada orang lain..bagi mengurangkan bebanan ini..

Pada orang lain, masalah aku ni hanyalah masalah kecil.. Ada lagi orang yang lebih bermasalah dari aku.. Ok, aku admit tu. Tapi, setiap orang cara berbeza. Bagi kau, mungkin ni remeh je. Tapi bagi aku, ianya benar-benar membebankan aku..sehingga aku penah terfikir untuk membuat perkara bodoh! Nasib baik aku masih dikurniakan fikiran waras walaupun aku kurang pandai..hehee~ Aku tak perlukan kau untuk menasihati aku..cuma tolong support aku..tell me if im doing wrong..tegur aku dengan cara yang aku boleh terima.

Thanks pada yang masih bersama dengan aku.. Selama 10-11 tahun kau bersama aku, aku benar-benar menyayangi persahabatan kita.. Bagi aku, tiada lain yang dapat replace kau.. (tetiba aku rasa nak nangis..huhuu~) Walaupun kau bukan lah sahabat yang sempurna (urm..tiada manusia yang sempurna) kau tetap masih menerima aku seadanya.. menasihati aku dengan cara yang aku boleh terima. Aku benar-benar sayangkan kau.. Banyak kenangan yang aku cipta dengan kau..dari kau single hingga kau berkeluarga n then kau single kembali. Aku je yang masih single hingga kini.. Kau banyak memberi perangsang pada aku..sometimes, aku admit aku jeles dengan kau..sometimes, aku sakit hati dengan kau..sometimes, aku rasa terpinggir, lonely.. Tapi bukan salah kau pun..cuma aku yang tak pandai bergaul..


To my lovely friend, thanks for always b at my side

Thursday, May 19, 2011

Al-fatihah buat semua yang telah meninggal dunia..

Salam..

Semalam aku dapat khabar sepupu aku telah pun meninggalkan dunia ni..akibat accident.. Just now pulak..aku dapat berita Penulis blog Telordibasuh pun telah meninggal dunia kerana jangkitan kuman di paru-parunya..

Hidup kita ini hanya persinggahan untuk seketika..kelak, akhirat la tempat abadi kita..
Masa semakin bergerak pantas meninggalkan kita
Ajal semakin menghampiri kita..tak kira lah muda atau tua..

Aku memohon maaf andai ada kesilapan atau kesalahan sepanjang berkawan, bersahabat ini..ataupun buat kenalan yang baru dan lama..halalkan makan minum..jika ada terpakai duit ke..mane la tau kan..

Perkara ini sedikit sebanyak menginsafkan aku..baik kita ni baik ke, jahat ke, ajal tetap akan menjemput kita sama ada kita ready atau tak..mati dalam keadaan ngeri ataupun dalam keadaan baik..Eii!! mintak dijauhkan la mati dalam keadaan yang tak sempurna! Nauzubillah..



Wednesday, May 18, 2011

Selamat hari lahir sahabat =]


Selamat ulang tahun lahir buat insan tersayang..yang kini genap 23 tahun..u dah makin tua tau x..hheee~ semoga success selalu..n jangan sedih2 tau! SMILE!!

Pertama kali mengenalimu..kita jarang bertegur sapa..
Hanya berbalas senyuman...itupun ketika bertemu di tandas asrama (senyum)
Kamu kelas lain..aku pun kelas lain..
Tidak serapat sekarang kan..heheee~

Kini kita sebantal setilam n selimut..
Kau menangis..aku turut menangis..
Walaupun ada geram..aku hanya pendam sahaja..
Kerana aku sayang akan persahabatan ini

Seorang yang manja
Suka main2 ketika makan
Susah untuk makan ubat
Dan mudah terkena demam
Mudah memendam perasaan
Pabila marah agak menakutkan
Mudah didekati jika pandai mengambil hatinya..
Sensitif..(ape lagi ek??)

Epy beday sayang...mmmuuuaaahhhh!!!

Sunday, May 15, 2011

Pengemis Cinta


Tajuk/Lirik Lagu: Pengemis Cinta
Penyanyi: Ella
Suka dan duka silih berganti
Bayang dirimu menghilang kini
Mengapa adakah aku bersalah
Menangis hati memanggilmu
Teringat segala sumpah janjimu
Dahulu akulah suri hidupmu
Apakah upaya
Diriku wanita
Dan yang tinggal kini
Kedukaan
Tak akan ku jadi
Pengemis cintamu
Akan kubuktikan
Kepadamu
Luka di hati kurawat sendiri
Hari berlalu musim berganti
Dan kini kau ingin
Diriku lagi
Apakah upaya
Diriku wanita
Dan yang tinggal kini
Kedukaan

Apa sebenarnya???

Aku duduk dalam gegak gempita..tapi aku masih sunyi..
Aku ketawa dengan sekuat-kuat hati..tapi hatiku pedih menangis
Aku duduk dalam terang..tapi gelap juga yang menyelubungiku

Banyak perkara yang aku dapat
Banyak perkara yang membuatkan aku berfikir
Fikir sehingga aku lelah
Lelah dalam mencari jawapan
Jawapan dah terbentang di depan mata
Terpulang nak ikut atau tak saje

Kenapa lah susah sangat nak buat?
Kenapalah jiwaku tak kental?
Kenapalah aku menghukum diriku sendiri?
Aku masih mencari..meraba-raba di dalam terang

hatiku sunyi sepi


Monday, May 9, 2011

Im freee!!! =)

Finally...im freee!!

Walaupun lima paper..it very suck!! Baby la u ni...!! Membuatkan hampir masuk ke Tanjung Rambutan..huhuu~ Sekarang pun mood masih dalam keadaan gila..

Dudukku bersama rakan..menonton Hantu Kak Limah..
Dalam pada itu, kami menjadi musuh pada yang tengah bertungkus lumus utk study...im soryyy
Apakan daya..kami sudah puas mengharung pahit getirnya
Kini giliran korang la pula ye...

Jam menginjak ke pagi..tapi suasana masih meriah
Jika masing-masing menulis dengan mulut kan
Mereka ni pulak gelak dengan suara yang memang tak reti nak kontrol
Pandangan membunuh la dari setiap penjuru
Muahahaaa =p

Agak kejam kan kami..
Baru tau ke?? hahaa
Kalau aku la..mau dah ketap gigi tukar tempat
Sabo jela..!!