Thursday, December 29, 2011

Personaliti Gemini

Bulan : Jun
Berfikiran jauh & berwawasan, mudah ditawan krn sikap baik, berperangai yg lemah lembut, mudah berubah sikap,perangaiidea @mood, idea yg terlalu banyak dikepala, bersikap sensitif, otaknya aktif (sentiasa berfikir), sukar melakukan sesuatu dgn segera, bersikap suka menangguh-nangguh, bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik, cepat marah &cepat sejuk, suka bercakap & berdebat, suka buat lawak & bergurau, otaknya cerdas berangan-angan, mudah berkawan & pandai berkawan.

Color : Maroon
Bagi kamu yang mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan seorang yang bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri kamu. Namun kamu juga suka melakukan sesuatu menurut kehendak dan pendapat kamu sendiri tanpa pedulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulah yang menjadi masalahnya! Dari segi percintaan, kamu cukup sabar dan tidak terburu-buru untuk menjalinkan percintaan. Kamu juga terkenal dengan sikap setia kamu dalam perhubungan!

Number : 9 & 7
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.       Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan. Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Mereka sangat suka berahsia. Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.


Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk di mengertikan.

Binatang : Anjing
Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetian kamu memang tidak boleh disangkal lagi. kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu, malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh dipercayai. Kamu adalah orang yang sederhana dan sering bersikap rendah diri.Kamu bukan orang yang akan mencari masalah dan sukakan suasana yang damai.Kualiti itulah yang menjadikan teman-teman suka berada di sisi kamu. Cita rasa kamu di dalam fesyen juga diakui baik dan kamu akan mudah terasa malu dan sedih sekiranya alamari pakaianmu tidak lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran fesyen. Biarpun kamu tidak mempunyai teman yang ramai tetapi teman-teman yang bersama dengan kamu memang mempunyai kualiti yang baik.



Tuesday, December 20, 2011

Hey u..!!



di saat ianya terbuka untukmu
kau tidak mempedulikan aku
sungguh memalukan

rasanya seperti mahu meletup
tapi aku tak dapat melepaskannya
semakin hari semakin sakit
kupendam sendiri apa yang kurasa

i think its too late for me
maybe its just not for me..heh

Tuesday, December 13, 2011

Dunia di sudut hati

dunia ni penuh keajaiban..istimewa..luas tp kecil..kecil tapi luas..
kalau nak explore memang tak mampu la kalau tak berduit..

duit..duit...manusia dah jadi hamba kepada duit
semua barang nak naik harga bila dengar gaji naik
so, what the point? sama jugak kan??

perasaan ini berat kalau nak dipikirkan
biarlah ia hadir dengan sendirinya tanpa dipaksa

kita takkan dapat apa yang kita mahukan tanpa usaha
tapi jika dengan usaha pun masih begitu, anggaplah dugaan
bukan bermakna dipinggirkan,
cuma untuk menginggatkan di mana tempat kita sebenarnya
mesti ada yang belum dipenuhi atau usaha yang belum sempurna

setiap dugaan yang datang kita mampu hadapinya
hanya perlu mencekalkan diri untuk tabah mengharungi
tujuannya untuk mendekatkan diri kepada pencipta
yang mana tanpa dugaan kita hanyut ditimpa derita kesenangan

Friday, November 25, 2011

My Personality =)



People impressions
You get along well with new people You are not really a shy person, but sometimes you can hurt people's feelings by your words... You like to be loved and noticed by your lover, but mostly you are single waiting for the right person.

Birthday colour
Green - U get along well with new people. U are not a shy person, but sometimes u can hurt people's feelings by ur words... U like to be loved and noticed by ur lover but mostly u are single waiting for the right person..

Horoscopes
If you are a turtle: You are near perfection and nice at heart.
The examples of your kindness are always talked about by your friends and the people who know you. You like peace and harmony and you don't like to argue with people even when it is obvious that you are right. You do not talk behind people's backs. You are generous and you like to give love unconditionally.

Birth numbers - The intellectual
7's are the searchers. Always probing for hidden information they find it difficult to accept things at face value. Emotions don't sway their decisions. Questioning everything in life, they don't like to be questioned themselves. They're never off to a fast start, and their motto is slow and steady wins the race. They come across as philosophers and being very knowledgeable, and sometimes as loners. They are technically inclined and make great researchers uncovering information. They like secrets. They live in their own world and should learn what is acceptable and what not in the world at large.

Aquarius
Aquarians can be better counselors than friends. The reason is that though emotionally involved, they can think clearly and visualize situations and problems creatively. As yours is the sign of friendship, I do predict that your friends will receive both warmth and guidance from you.


Monday, November 21, 2011

Mr. Know It All



Mr. Know It AllWell ya think you know it allBut ya don't know a thing at allAin't it something y'allWhen somebody tells you something bout youThink that they know you more than you doSo you take it down another pill to swallow
Mr. Bring Me DownWell ya like to bring me down, don't yaBut I ain't laying downBaby I ain't going downCan't nobody tell m how it's gonna beNobody's gonna make a fool out of meBaby you should know that I lead not follow
(Chorus)Oh you think that you know methat's why I'm leaving you lonelyCause baby you don't know a thing about meYou don't know a thing about me
You ain't got the right to tell meWhen and where to go, no right to tell meActing like you own me lately
Yeah baby you don't know a thing about meYou don't know a thing about me
Mr. Play Your GamesOnly got yourself to blameWhen you want me back againBut I ain't fallin back again
Cause I'm livin' my truth without your liesLet's be clear baby, this is goodbyeI ain't comin' back tomorrow
(Chorus)
So what, you've got the world at your feetAnd you know everything about everythingBut you don'tYou still think I'm comin' back but baby you'll see
(Chorus)
Mr. Know It AllWell ya think you know it allBut ya don't know a thing at allYeah baby you don't know a thing about meYou don't know a thing about me

Sunday, October 30, 2011

Bila nak kahwin???

Apa aku nak jawab bila orang slalu tanya aku soalan ini?? Aku ni kategori wajib kawen ke?? huhuuu~

Bahgia ke lepas kawin?? Yang aku tau, banyak dugaan yang akan datang.. Hidup kita tak selalunya berakhir dengan happy ending.. And perkahwinan itu bukanlah ending but it is beginning.. Itulah permulaan kepada kehidupan secara berjemaah..

Bahagia ke kita tengok orang yang dah berkahwin?? Yeke bahagia?? Are u sure?? Aku tak jumpa lagi pasangan yang benar-benar bahagia selepas kawin.. so, sedikit sebanyak ia mempengaruhi aku untuk berkahwin.. Lagipun, aku belom masuk kategori WAJIB kawin.. Banyak lagi masa untuk memilih dan dipilih..wakakaaa~

Ok..untuk persoalan yang agak kerap ditanyakan kepadaku ni.. Aku tiada jawapan ok.. Siyesly aku memang tak tau bila aku akan berkahwin.. Kalau la aku tau bila, konfom korang (member-member aku) akan dijemput ke majlis aku.. And aku harap jangan ada yang terasa jika tidak dijemput kerana impian perkahwinanku tersangatlah simple.. Mungkin hanya akan ada kenduri kecil yang mana hanya untuk memberitahu orang setempat yang aku sudah pun berkahwin...


Sekian, terima kasih..heheee

JWPN TERBAEK PADA SOKLAN ~ BILA NK KAWEN?
Kenapa Lmbt? ~ Krn Allah tahu masa yg t'baik utkku
Dah b'punya? ~ Ya.. krn setiap org telah ditetapkan jodoh masing²
Siapa? ~ Nanti Allah akan perkenalkan kpdku
Bila? ~ Bila kami dah dipertemukan..
InsyaAllah jemput dtg ke walimatul urusku nanti...
Jgnlah slalu b'tanya bila org itu nak kawen krn semua rahsia dia, t'letak di tgn Allah

(*dicilok daripada FB*)

Sunday, October 9, 2011

Beza daging babi dan daging lembu


Terdapat beberapa perbezaan asas di antara daging babi dan lembu. Menurut Dr. Ir. Joko Hermanto, Dekan Jabatan Ilmu dan Teknologi Pangan IPB di Indonesia mengatakan bahawa melalui mata kasar, terdapat lima aspek yang dapat dibezakan antara daging babi dengan daging lembu iaitu warna, serat daging, jenis lemak, aroma dan tekstur. Berdasarkan perkara ini, fokus pengamatan mereka diarahkan pada lima aspek tersebut.


1. Dari segi warna

Jika dilihat, daging babi mempunyai warna yang lebih pucat dari daging lembu (lihat gambar), warna daging babi seolah-olah seperti warna daging ayam. Namun perbezaan ini tak dapat dijadikan pegangan, kerana warna pada daging babi biasanya disalut dan disebatikan dengan pelumuran darah lembu, walau sebatian ini boleh dihilangkan dengan merendam di dalam air. Selain itu, di bahagian tertentu pada daging babi, warnanya mirip sekali dengan daging lembu sehingga sangat sukar membezakannya.




2. Dari segi serat daging

Perbezaan kelihatan dengan jelas antara kedua-dua daging. Pada daging lembu, serat-serat daging kelihatan padat dan garis-garis seratnya kelihatan jelas. Sedangkan pada daging babi, serat-seratnya kelihatan samar dan sangat renggang. Perbezaan ini semakin jelas ketika kedua-dua daging direnggangkan bersama (lihat gambar).





kredit: Nurul Amir



Masih mencari...

Did i spoil everything?? Im blurrr~
Im suppose sad or what? I think little disappointed..
HUrmm...so what should i do??
Keep waiting?
Still have time to know better..



Wednesday, September 21, 2011

What a Life!!

Duduk sendiri di bilik sepanjang masaku di rumah..tak keje, x belajar..so, what to do? Sepanjang masa bertemankan netbook bersama line yang agak memuaskan.. Tanpanya, hidupku mungkin sunyi dan menjadi sewel kebingungan..hahaa~ Juga bertemankan buku kegemaranku - harry potter..semua koleksi ada..cukup membuatkan aku tersenyum dengan melihatkan kesemua tajuk Harry Potter..ermm..tapi mungkin aku akan menjadi kedekut..even with my best friends..sorry fellows..hehehh~

Erm..kat luar hujan turun dengan lebatnye..membuatkan fikiran aku menjadi tenang..dengan mendengar bunyi hujan yang lebat dan baunya, benar-benar menghilangkan semua keserabutan. Bunyi hujan yang lebat beserta guruh kadang kala merisaukan orang.. Tapi bagiku, ianya irama yang memuaskan hatiku (kecuali ketikaku keseorangan..huuu~). Masa begini, fikiran akan melayang entah ke mana. Merentasi ruang sempit yang aku diami sekarang. Thats my life for now..until i get a job!!huu~

Sunday, September 18, 2011

Peningku fahami dirimu

Denyut-denyut kepala semakin menyakitkan..
Puas sudah kubahan panadol yang ada
Kesakitannya masih tidak surut-surut
Saban hari menghadapi benda yang sama berulang

Bila baru nasibku akan berubah?
Bila akan dapat ku berjaya?
Bilaa akan ku hindar kesunyian ini?
Jika apa yang ku mahu sering kali ditentang

Itu tak boleh ini tak boleh
Apa saja yang boleh ku lakukan?
Adakah ini sahaja kehidupanku?
Hanya setempat tidak berdikari?

Pening kepalaku datang lagi...adeehhhh~

Friday, September 2, 2011

Apa yang kucari? (Siapa aku?)


Aku tak paham..banyak benda yang aku masih belum dapat jawapannya..
Bila aku ingat aku dah jumpa, tetiba ia lari dariku
Begitu sahaja, tanpa kata, tanpa pesanan
Hampa dan kecewa. Aku dah biasa. Masih mengharap harapan yang palsu

Aku mencari dia.. Aku belum layakkah?
Walaupun sekejap, tapi aku masih ada memori kecil tentangnya
*I'll be waiting for u*  (Tapi sampai bila?)
Kau bukan yang dicari. Walaupun aku pasti.
*U let me know..*  (Adakah kau yang kutunggu?)


--------------------------------------------------------------------------------------------


I have many secrets in my little heart.. And i have many characters that some of u never know.. Maybe will surprise u..but some of u have meets some of my characters. Not all can accept them. As me well.. I have to hide it.. Yes, im hypocrite person. Sad person.. I will make sure u never know all about me.. even my family and close friend. Such a hypocrite!!


Bad vs. Good

Monday, August 29, 2011

SelaMat hari Raya..yeay!!! =D


piZap.com free online photo editor, fun photo effects

Jom balik kampung...ooo~ baLik KamPung~ HatI giRanG~...

Saturday, August 27, 2011

Hati yang hancur sukar dipulihkan



Kadangkala kita sering terlupa perkara silam.. Apa yang terjadi dibiarkan sepi seperti ianya tidak pernah berlaku. Tapi orang yang merasainya tetap akan mengingati apa yang terjadi pada mereka. Hilang hormat walaupun usia menjadi ukuran. Lantas mereka sering mengelakkan diri dari bersua kerana masih memendam rasa. Apakah itu yang kau bangga??

Mungkin kau lupa apa yang kau pernah lakukan. Apakah kau fikir kau cukup dewasa? Cukup kuat untuk memperlekehkan manusia lain? Aku benar-benar kecewa. Setiap perlakuanmu, perkataanmu..bisa mengeruhkan keadaan.. Aku rasa sampai mati pun orang akan ingat. Dia hanya memaniskan muka kerana hormat. Dalam hatinya, hanya sesetengah orang saja yang mampu membacanya. Yang mana hanya yang mengalaminya faham.


Aku benci? Benar, sememangnya aku benci, geram dan marah.. Sedih? Ya, aku sedih bilamana mengingatinya. So, aku tidak menyalahkan sesiapa yang membencinya. Sukar untuk melupakan perkara kejam yang pernah berlaku pada diri kita. Bagi aku, ianya memang kejam.. So, jangan judge orang sesuka suki. Aku belajar daripada kesilapan sendiri dan orang lain. Dan jangan kita hina orang itu hanya kerana mereka miskin.

Thursday, August 25, 2011

Monolog seorang wanita


Wanita mengapa seringkali hatimu dilukai?
Wanita apalah dosamu sering dizalimi orang yang sepatutnya melindungimu?
Wanita sampai bila kau mahu beralah dgn lelaki yang hanya mementingkan dirinya sendiri?

Hari-hari yang berlalu sepi
Walau telah lali tetapi kesepian dan kesunyian ini tiada siapa yang tahu
Semakin hari berlalu, terasa semakin sempit jalan yang dilalui
Hanya memendam sendirian

Menerima takdir sendiri dengan hati yang berbagai rasa
Sejujurnya hati terasa sayu, sedih dan pilu
Tapi apalah daya, kuasa bukan ditangan sendiri

Seiring peredaran masa, meningkatlah usia, semakin terasa kesunyian
Sahabat seorang demi seorang menemui teman hidupnya
Hanya aku termangu sendirian
Kehilangan itu sering kali terjadi

Ingin juga seperti insan lain, kesana sini mengisi masa
Hidup di zaman sekarang menuntut diri menjadi materialistik
Walaupun ia bukan kehendak hati

Semakin usia menginjak dewasa, sifat kewanitaan semakin menyerlah
Impian yang tidak pasti tercapai atau tidak
Ianya masih menjadi persoalan yang tiada jawapan

Luka yang tercipta dari kenangan silam agak sukar untuk diubati
Diharap masa dapat menyembuhkannya perlahan-lahan
Seringkali air mata menjadi peneman dikala sendirian
Membasuh luka dan meredakan kegelisahan
Walaupun ia bukan ubat yang begitu mujarab

Rasa hati terus terpendam, tiada siapa yang memahami
Setiap takdir tidak sama tapi mungkin ada persamaan
Wahai wanita, tabahlah menghadapi pancaroba dunia!

Sumber asal: di sini

Its hard


Tuesday, August 23, 2011

Selamat hari lahir adik =]


Happy beday to kak de..
Dah semakin tua..

Inikah yang ditunggu??

Datang tidak pernah dijemput
Kalau boleh ingin dihalau sebelum sempat melangkah masuk
Namun aku terlambat untuk mengekang
Sempat juga meninggalkan bekas

Namun ia menerima dengan tanpa kuduga
Tenang walaupun berkocak dengan kuat pada mulanya
Hairan benar kurasa..agak tenang
Berbeza dengan sebelum ini

Apakah ini yang ditunggu?
Jika benar aku hanya mampu tersenyum penat
Tidak terduga dari tenang menjadi kocakan yang kuat
Agak padu kurasa..berisi..aku kagum
Tidak seperti yang kelihatan
Yang terzahir tidak menggambarkan batin

Takut kembali menguasai diri
Masih ada negetif tinggalan silam
Juga harapan yang tinggi bisa meninggalkan bekas yang kekal
Sakit tidak tertanggung rasa


Serik masih mengingatkan jasad
Agar jangan disakiti segumpal darah
Apakah benar ini yang ditunggu??
Aku akan sabar melihat takdirku..



Thursday, July 28, 2011

10 perkara untuk memenangi hati saya (Hari kesembilan)

Just for fun =)

Hari pertama : 10 perkara tentang saya
Hari kedua : 10 perkara yang saya suka
Hari ketiga : 10 perkara yang saya benci
Hari keempat : 10 perkara yang ingin saya cakapkan pada seseorang
Hari kelima : 10 hajat

Hari keenam : 10 perkara yang mesti ada dengan saya
Hari ketujuh : 10 orang terpenting dalam hidup saya
Hari kelapan : 10 lagu kegemaran saya
Hari kesembilan : 10 perkara untuk memenangi hati saya
Hari kesepuluh : 10 kata-kata akhir

Hari kesembilan


Terima aku seadanya..baik buruk (love me as i am)
Manusia kan banyak cacat cela nya..so i am..aku banyak kelemahan. So, terima kelemahan aku tu.. Jangan comment aku and jangan suruh aku berubah..kalau suruh ubah perangai dari yang buruk ke baik tu xpela.. =)

Caring
Mana-mana gurls pun nak lelaki yang caring kan..tipu la cakap tak.. Camtu jugak aku..

Pandai sesuaikan diri dengan membe aku
Aku ada membe yang agak gila-gila.. Hopefully dia dapatlah adapt perangai membe aku ni.. Kalau tak dapat, aku tak tau lah camne reaksi aku.. Jangan suruh aku pilih dah la..huhuuu~

Sense of humor
Aku sukakan lelaki yang pandai melawak..tapi bukan lawak bodoh ok! And aku annoying dengan orang yang tak reti bergurau..!! Aku ada pengalaman dengan orang mcm ni.. even kita bergurau, dia taking serious.. Tak macho ok!!

Tidak buat aku cepat moody/bosan
Aku ni boleh di katakan cepat berubah mood. Tapi dengan rakan-rakan payah aku nak tunjukkan.. Sebab aku ni jenis menjaga hati rakan.. Tapi untuk si dia, aku tak tau aku macam mana.. Mungkin si dia yang kena jaga hati aku..hahaa~ kejamlah pulak..

Tidak mengungkit
Ni yang paling aku menyampah! Apa yang dia buat untuk kita, dia akan ungkit.. Bukan kita suruh dia buat pun.. Ni biasa happen bila bergaduh or selisih pendapat.. Muak la orang macam ni!! Kan aku dah emo...

Ingat hari lahir 
Aku suka orang ingat birthday aku.. Bagi aku, kalau orang tu ingat birthday kita meaning kita ni bermakna padanya. Macam parent aku ingat birthday aku..heehe~ Kalau ada kawan-kawan yang tak ingat tu aku boleh maafkan..(but not my best friends!! sedih kalau takde msj bday dari dorang) tapi kalau si dia yang lupa pun boleh mendatangkan marah dan juga sedih..isk..isk..


Pandai ambil hati
Yang penting ni.. Pandai ambil hati family aku.. Belanja makan ke..shopping ke..melancong ke..ahak!! Parak! Hormat orang tua and tak kekok dengan family aku.. Penting ok! Aku?? Entah boleh entah tidak..huhuuu~


Surprise
Yang paling aku suka..! Aku sukakan surprise.. Tapi janganlah melampau sehingga membuatkan aku kena heart attack!

Banyak lagi cara nak memenangi hati aku..aku ni simple je orangnya..*senyum* Aku pun tak tau nak bitau camna lagi..ahak!!

Wednesday, July 27, 2011

10 lagu kegemaran saya (Hari kelapan)

Just for fun =)

Hari pertama : 10 perkara tentang saya
Hari kedua : 10 perkara yang saya suka
Hari ketiga : 10 perkara yang saya benci
Hari keempat : 10 perkara yang ingin saya cakapkan pada seseorang
Hari kelima : 10 hajat

Hari keenam : 10 perkara yang mesti ada dengan saya
Hari ketujuh : 10 orang terpenting dalam hidup saya
Hari kelapan : 10 lagu kegemaran saya
Hari kesembilan : 10 perkara untuk memenangi hati saya
Hari kesepuluh : 10 kata-kata akhir


Hari kelapan

1.  Warisan - Jasa Bonda
Lagu ni boleh mengbangkitkan mood kita nak-nak time down. Ingat mak ayah sometimes help us memotivasikan diri kan.. =)) 

2.  Search dan Wings - Gemuruh
Layan lagu lama ni best compare dengan lagu sekarang. Lagi-lagi aku memang suka rock klasik!

3.  Rahim Maarof - Cinta Kristal
Lagu ni aku jatuh cinta lepas tengok Hantu Kak Limah Balik Rumah..kan ada Awie nyanyi tu.. And also lagu favourite aku karoke..hahaaa~

4.  Cristina Aguilera - Genie in The Bottle
Layan dengar lagu lama-lama ni.. Ni masa dia muda lagi kan..ahak!

5.  Cristina Aguilera - Hurt
Lagu ni pasal dia menyesal ignore ayah dia masa hidup. Padahal ayah dia banyak bantu dia. Aku suka layan lagu ni tika mood sedih..

6.  Rihanna - Good Girl Gone Bad
Aku suka lagu ni.. usah ditanya mengapa.. hanya suka.. Mungkin muziknya..

7.  J.Lo feat Pitbull - On the Floor
First time dengar lagu ni aku terus jatuh cinta. Lagu ni lagu lama kan? Tajuk dia aku x tau..kalau sesiapa tau beritau la aku.. Opening dia aku suka sangat! Since aku tadika.. Sebab aku suka muzik opening tu, otomatiknya lagu ni menjadi favourite aku..gagaaa~

8.  B.E.P - Just Cant Get Enough
Kebanyakkan lagu BEP aku suka.. Aku suka Fergie. Lagu dorang ni ada maksud. 

9.  OST Nana - Kurai Namida
Disebabkan aku suka sangat cite Nana ni..sume OST dia aku suka..!! Aku bukan otaku.. Aku suka pada certain anime je.. And Nana memang best!!

10.  OST Cinderella's Sister - Calling Out
Lagu ni sayu je. Biasanya aku dengar waktu malam.. Cite dia aku tak tengok habis pun.. Tapi lagu ni aku memang layan.. 


Sunday, July 24, 2011

10 orang terpenting dalam hidup saya (Hari ketujuh)

Just for fun =)

Hari pertama : 10 perkara tentang saya
Hari kedua : 10 perkara yang saya suka
Hari ketiga : 10 perkara yang saya benci
Hari keempat : 10 perkara yang ingin saya cakapkan pada seseorang
Hari kelima : 10 hajat

Hari keenam : 10 perkara yang mesti ada dengan saya
Hari ketujuh : 10 orang terpenting dalam hidup saya
Hari kelapan : 10 lagu kegemaran saya
Hari kesembilan : 10 perkara untuk memenangi hati saya
Hari kesepuluh : 10 kata-kata akhir


Hari ketujuh

Mak
Tanpa mak takde lah aku kan.. Mengandung selama 9 bulan tu ingat senang ke?
Lahirkan kita, antara hidup dan mati.. Love u mom!

Ayah
Takde ayah tak jadi lah kita kan. Bertungkus lumus mencari duit.
Membesarkan kita dengan kasih sayang, walaupun dia tak pandai nak show off his love. Sayanggggg ayahhh!!

Siblings
Teman sepermainan ketika kecil! Mandi bogel sama-sama...haahaa~
Kakde, syiera, miss all moment when we still kids...

Best friend
Teman ketika sekolah.. Rehat sama-sama, makan sama-sama, pergi sekolah sama-sama,
ponteng sama-sama..errr... Selama 10 tahun berkawan, kau tak pernah lupakan aku. Susah senang
kita bersama. Dari kau belom transform hinggalah kau dah transform..hahaa
Thanks for being my friend until now Julie. Muaaahhhh!!





Kawan-kawan
SuSu, Tata, Sasan, Syura and lain-lain. Tanpa korang mungkin aku keseorangan di kampus.
Sentiasa mencerikan hari-hari aku dan membantu aku ketika susah. Keep in touch ok!! Mmmuuahah!

Future husband
Yang ni penting jugak..but buat masa sekarang abaikan dulu..hehee

Future kid
Teringin sangat nak ada anak.. Kalau la boleh ada anak tanpa kawin, memang aku dah ada sorang kot sekarang..err..i means after aku dah stable ada kerja, rumah and not stay with my parents..huhuuu~

Cukup lah 10 kan..errr...extra satu xpekan...hehee~
*my parent x suka bergambar..xde pic utk dorg..*


Friday, July 22, 2011

10 perkara yang mesti ada dengan saya (Hari Ke-6)

Just for fun =)

Hari pertama : 10 perkara tentang saya
Hari kedua : 10 perkara yang saya suka
Hari ketiga : 10 perkara yang saya benci
Hari keempat : 10 perkara yang ingin saya cakapkan pada seseorang
Hari kelima : 10 hajat

Hari keenam : 10 perkara yang mesti ada dengan saya
Hari ketujuh : 10 orang terpenting dalam hidup saya
Hari kelapan : 10 lagu kegemaran saya
Hari kesembilan : 10 perkara untuk memenangi hati saya
Hari kesepuluh : 10 kata-kata akhir


Hari Keenam
Ke mana-mana aku pergi aku mesti bawa beg serba guna aku ni..benda yang aku selalu bawa ke mana-mana adalah...jeng..jeng...jeng....

 #1.  Henfon
Takde henfon macam x lengkap pulak nak kuar rumah.. In case ada emergency boleh la terus call sape-sape kan..zaman sekarang kan dah x selamat...huhuuu~

 #2.  Dompet
Dalam dompet la kite letak money, id card, sumer jenis card, resit-resit lama..(erk!)

 #3.  Jam tangan
Tanpa jam susah aku nak agak masa..Nak kuarkan fon semata-mata tengok jam pun rasa malas.. Maklumla henfon mahal sangat...ekekee!

 #4.  Duit
Yang ni memang wajib ada kalau nak kuar.. Walaupun hanya RM10..hahaa~

 #5.  Eyeliner
Yang ni ntah camne boleh ada dalam beg aku..tapi tanpa eyeliner aku macam budak skolah.. ni bukan aku kata oke..bila aku pakai eyeliner baru nampak matang sket.. sket jela!

 #6.  Gincu
Benda ni bukan la wajib sangat tapi memang aku bawa jugak kalau nak kuar rumah.. Bila rasa gedik nak pakai, aku pakai la.. kalau rasa malas, x pakai jugak!

 #7.  I/C
Disebabkan aku tak suka kan pendatang asing dengan izin atau tanpa izin, dengan bangganya aku bawa ic card aku ni untuk membezakan aku dengan mereka ni.. Aku warganegara sah oke!!

 #8.  Kad bank
In case duit tak cukup ke ape ke kan, boleh la cucuk kat mana-mana ATM yang berhampiran.. tapi ade ke duit dalam bank tu cik akak oii??

 #9.  Kunci rumah
Mesti bawa sebab kadang-kadang aku balik lambat.. parent aku dah masuk tido..takkan nak kejutkan mak aku suh bukak pintu kan... tapi kalau pintu tu berselak, nak x nak kena jugak la aku kejutkan mak aku dari tido..huhuuu~ sory mak!

 #10.  Panty Linear
Yang ni saje bawa sebab mana la tau tetiba kena ke..at least ada benda untuk lapik kan..err.. perlu ke aku explain???



Thursday, July 21, 2011

10 hajat (Hari kelima)

Miss one day...ahak!


Just for fun =)

Hari pertama : 10 perkara tentang saya
Hari kedua : 10 perkara yang saya suka
Hari ketiga : 10 perkara yang saya benci
Hari keempat : 10 perkara yang ingin saya cakapkan pada seseorang
Hari kelima : 10 hajat

Hari keenam : 10 perkara yang mesti ada dengan saya
Hari ketujuh : 10 orang terpenting dalam hidup saya
Hari kelapan : 10 lagu kegemaran saya
Hari kesembilan : 10 perkara untuk memenangi hati saya
Hari kesepuluh : 10 kata-kata akhir

Hari kelima

#1.    Teringin nak ada own family cepat-cepat. Ada suami macam pelakon korea (hensem dan comel) and also anak-anak yang comel! (3 impian dalam 1 situasi..hehee)
 + aku =

#2.    Dapat latest gadjet diidamkan tanpa perlu bersusah payah.. Contohnya sekarang sangat inginkan henfon xperia arc.. Ada sesiapa nak belanja??

#3.    Aku nak ada kereta sendiri supaya senang aku nak travel mana-mana. Dengan kereta tu jugak aku nak pusing satu Malaysia ni. Untuk melancong aku memerlukan duit yang banyak supaya senang nak check in mana-mana hotel atau chalet..*Teringinnya la..* Yang ni aku nak alone sahaja..so kena buat sebelum kawen =)

#4.    Aku nak ada rumah sendiri. Hopefully aku dapat capai hajat ni before married. 


#5.    Finally aku nak jadi wanita bekerjaya yang mana gaji lebih dari 4k.. Macam-mcam aku boleh buat nanti dengan gaji yang besar tu..*Alahai* Bolehla aku tolong parent aku nanti.. Macam-macam aku nak bagi kat parent aku, adik-adik aku, famili aku, bestfriend aku. Macam-macamlah!!

Macam dah lebih pulak wishes aku ni...hehee~ Kalau ikutkan hati banyak lagi yang x list ni =p

Tuesday, July 19, 2011

10 perkara yang ingin saya cakapkan pada seseorang (Hari Keempat)

Just for fun =)

Hari pertama : 10 perkara tentang saya
Hari kedua : 10 perkara yang saya suka
Hari ketiga : 10 perkara yang saya benci
Hari keempat : 10 perkara yang ingin saya cakapkan pada seseorang

Hari kelima : 10 hajat
Hari keenam : 10 perkara yang mesti ada dengan saya
Hari ketujuh : 10 orang terpenting dalam hidup saya
Hari kelapan : 10 lagu kegemaran saya
Hari kesembilan : 10 perkara untuk memenangi hati saya
Hari kesepuluh : 10 kata-kata akhir



Hari Keempat

  1. "Dah lama saya tunggu awak tau..kenapa lambat sangat?"
  2. "Terima kasih kerana selalu berada di sampingku ketika aku amat memerlukanmu."
  3. "Bila tak jumpa kau aku rindu padamu." Setiap perlakuanmu yang gila-gila tu membuatkan aku tersenyum.
  4. Kini agak suram berita darimu. "Adakah kau sihat atau tidak?" Ingin aku bertanya kabarmu tapi aku malas berbuat demikian..*malu*
  5. "Aku banyak berbuat salah padamu, tolonglah maafkan diriku yang tidak sempurna ini."
  6. "Thanks for complete my life."
  7. "I love u so much!"
  8. "Tolong cari duit banyak-banyak, sebab aku taknak hidup susah."
  9. "Boleh tak berikan saya anak lelaki?" Aku sangat mengharapkan anak sulung adalah anak lelaki supaya aku boleh bergantung harap padanya bila dah tua.
  10. And lastly bila dah tua, aku harap sangat yang kami tidak dicampakkan ke rumah orang-orang tua.. "Awak, saya masih ingin bersama dengan awak."


Susah jugak nak pikirkan 10 perkara yang ingin kita luahkan pada seseorang ni..mengambil masa aku dari pagi hingga ke malam...fuh! Tapi 10 perkara ni memang aku nak ucapkan pada seseorang.. Siapa orang itu? Aku pun masih mencari..heheee~