Friday, June 18, 2010

rahsia tarikh lahir

Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26

Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini.Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu.Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.

Thursday, June 10, 2010

Mata ingin lelap...tapi kata hati berkata-kata

Malas menjalari setiap urat sarafku..
kini tidak mampu melakukan apa-apa yang disuruh..
aku kata tidak, kau kata ya..
so..apa akan terjadi?

kenapa kau teruskan permainan ini
jika pengakhirannya sudah pun kau ketahui..
aku tidak pasti sandiwara apakah ini..
hanya sebagai hiburan di kala sunyi..
apakah ia kelakar?
bagiku tidak....

apa yang ingin kukecapi buat masa kini?
jangan ditanya soalan begini..
aku tiada jawapan..
serahkan pada takdir
ke mana ia menuju...ke kanan atau ke kiri..
dalam pada itu, aku masih degil pada hatiku
berpegang pada kata hati yang pasti salah
kenapakah?
jawapan hanya satu...DEGIL!!