Saturday, January 23, 2010

Keliru

Aku terkeliru dengan kata-kata orang ni..yang mana baek yang mane niatnya hanya menyesatkan kita? Aku tak pasti yang mana setuju yang mane membangkang..yang pasti, yang SATU ni membangkang..! Hatiku mahukannya tapi..akalku pantas memintas. So, yang mane harusku akui? Hatiku atau akalku? Aku dalam dilemma sekarang. Tapi, anggotaku tidak merestui.. aku rasa aku pasti benar jawapan yang hakiki..malangnya, aku hanya membutakan tidak mahu melihatnya.Pura-pura tidak mengetahui.. Aku hanya menipu diriku sendiri..!!


Berat bagi hatiku mengakui hakikat ni..tapi aku harus menelan kenyataan. Tidak hanya berpegang pada dahan yang rapuh. Bila dinilai dengan hati, pedihnya sedikit terasa..walaupun tidak besar lukanya, namun ia tetap sakit. Mampu menyiksa hati. Kubutakan mata hatiku selama ini, hanya kerana mengejar angan-angan..atau aku hanya ingin memenuhi kekosongan? Aku sendiri tidak pasti sebenarnya.. Kini, aku masih keliru. Keliru dengan hati dan akal.. biarlah apa orang nak kata, aku hanya mengikut hati. Walaupun, akal banyak kali menegahku. Aku degil!


Sedikit sebanyak, akal dan hati sering bertingkah.. masing-masing menegakkan hujah bagi mendapatkan keputusan yang benar-benar tepat. Adakah pengakhirannya tidak seperti yang aku inginkan? Aku hampa dalam membuat keputusan...keliru masih bermain..


0 devil 0r angle??: